Teori Kewujudan Tambanuo II

Catatan daripada masyarakat di Timur Tengah, kira-kira 1650 tahun setelah Allah selesai menciptakan dunia ini, Allah telah melakukan suatu peristiwa yang cukup dasyat, ia itu banjir besar yang menutupi seluruh bumi ini selama 40 hari dan 40 malam. Menurut masyarakat Timur Tengah, semua manusia telah mati kecuali satu keluarga iaitu keluarga nabi Noh.

Daripada cerita yang diwariskan secara turun temurun, nenek moyang kita juga telah menceritakan peristiwa yang sama. Di kawasan Tongod, dalam kawasan Tongod Plantation Sdn. Bhd., terdapad suatu lembah kecil. Di tengah lembah itu terdapat suatu bukit yang tirus seolah-olah berdiri di situ. Menurut cerita daripada suku mangkaak, sinabu dan juga makiang, kawasan itu adalah kawasan perkampungan sebelum banjir besar atau lebih dikenali oleh masyarakat di Tongod Kinabatangan sebagai "Losob".

Apabila losob sampai, semua orang berkumpul ke  suatu rumah. Menurut cerita, air mulai naik, tanah tempat tapak rumah tersebut juga naik. Semakin air naik, tanah tersebut juga semakin tinggi menjadi suatu bukit. Bukit itu dipanggil "Lumabut". Walau macamana pun tidak ada orang yang terselamat kerana tidak ada tempat cari makanan selama 40 hari dan 40 malam.

Di kawasan Ulu Kinabatangan pula menceritakan peristiwa yang sama. Menurut cerita, pada masa itu ada satu pasangan yang baru kahwin. Si suami membawa isterinya ke suatu gunung yang sangat tinggi. Walau macamana pun gunung itu juga hampir-hampir tenggelam. Di puncak bukit itu terdapat sepohon pinang. Buah daripada buah pokok pinang itulah suami isteri itu mendapat makanan. Kebetulan pula di gunung itu terdapat sepasang naga dan naga itulah yang memberikan makanan kepada pasangan suami isteri itu.

Di pendekkan cerita, setelah air surut, yang tinggal hanya sepasang suami isteri itu dan sepasang naga. Hubungan antara naga dan manusia itu sangat baik. Suami isteri itulah yang memulakan zuriat manusia. Pasangan suami itulah manusia pertama memulakan kehidupan baru di bumi ini. Nenek moyang saya daripada suku "kalabuan" menamakan memulakan kehidupan baru itu sebagai "manambanuo". Manambanuo adalah daripada perkataan asal "Tambanuo" yang bermaksud Orang Asal atau orang pertama memulakan kehidupan baru.

Cerita nenek moyang mengatakan, apabila pasangan ini melahirkan anak laki-laki, anak itu setelah pandai turun ke sungai untuk mandi, anak itu akan dihantar ke anak-anak sungai melalui pertolongan sepasang naga berkenaan. Anak laki-laki itu akan memulakan kehidupan baru secara solo. Anak-anak sungai tempat mereka tinggal akan diberi nama sempena suatu peristiwa yang berlaku kepada mereka atau mengikut keadaan tempat itu. Keadaan ini berterusan.

Walau macamana pun apabila pasangan suami isteri ini melahirkan anak perempuan, anak-anak itu dibiarkan berada bersama pasangan itu kerana merekalah yang akan memelihara orang tua ini. Salah satu tugas anak perempuan ialah mencari siput di anak-anak sungai untuk dijadikan kapur sirih. Apabila anak perempuan ini bertermu dengan abang-abang mereka yang tidak mereka kenali sejak lahir, anak-anak lelaki itu akan mengahwini mereka.

Perkara yang sama juga di buat, ia itu menghantar anak-anak lelaki mereka ke anak-anak sungai lain untuk "manambanuo".  Sebab itu tidak ada satu pun anak-anak sungai di Pulau Borneo ini yang tidak ada nama. Nama itu ada sejarah. Sejarah itu adalah peristiwa yang berlaku kepada nenek moyang kita. Sejarah itu menunjukkan bahawa tidak ada seinci pun tanah di bumi Sabah ini milik orang lain selain dariapda bangsa kita TAMBANUO.

Kredit:

James Aik.